Skip to main content

Posts

Showing posts from March 3, 2017
Majlis kahwin boros undang perceraian Kajian dapati kos tinggi sia-sia jika hubungan tidak kekal Majlis perkahwinan dengan kos perbelanjaan menelan beratus ribu, sememangnya tindakan sia-sia jika hubungan perkahwinan itu berlangsung sekerat jalan. Satu kajian dijalankan di Universiti Emory, Georgia, United States, mendapati membelanjakan sejumlah wang dalam kuantiti besar sebenarnya berkait rapat dengan kadar perceraian lebih tinggi. Kajian ini mendapati, jika perkahwinan menelan belanja sekitar RM88, 560 ke atas, wanita lebih tiga kali ganda cenderung untuk bercerai. Dalam erti kata lain, mereka yang menjalani perkahwinan boros ini dikatakan lebih memberi tumpuan kepada material, berbanding persiapan mengemudi rumah tangga. Justeru, apabila seseorang merancang hari besar mereka, ia maungkin lebih baik untuk memberi tumpuan untuk memberi tumpuan kepada makna perkahwinan dan bukannya mengarahkan semua tumpuan untuk mencapai matlamat perkahwinan impian. Dalam j