Skip to main content

Posts

Showing posts from July 20, 2016
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 1.   Di negara lain, laporan ketua audit negara akan dijadikan dokumen umum. Akan tetapi, di Malaysia, laporan Ketua Audit Negara dijadikan rahsia Kerajaan, tidak boleh diakses oleh orang umum. Ini dilakukan walaupun terdapat peruntukan di dalam Perlembagaan bahawa laporan ini harus diserahkan kepada Agong dan atas arahan Baginda, ia harus dibentangkan di Parlimen. 2.   Dr Kissinger, Menteri Dalam Negeri Amerika Syarikat pernah berkata bahawa penciptaan mesin Xerox memudahkan lagi pendedahan. Sejak itu, kita telah melalui perjalanan jauh untuk penciptaan internet dan telefon bimbit penghantaran secara elektronik. Kesemua dokumen boleh disalin dan disiarkan ke seluruh dunia. Bahan rahsia telah menjadi sejarah. Kelebihan sistem keselamatan telah digodam oleh pengguna komputer amatur. 3.   Begitu juga laporan Ketua Audit Negara. Sepatutnya semua orang sudah dapat membacanya jika tidak dimilikinya atau mempunyai salinannya. 4.   Satu pendedahan y