Skip to main content

Posts

Showing posts from June 1, 2016
DEKLARASI RAKYAT 1.   Malaysia ialah negara yang mengamalkan sistem Monarki Perlembagaan dan Demokrasi Parlimen. 2.   Negara ini mempunyai perlembagaan bertulis dan undang-undang bertulis untuk melindungi rakyat daripada perbuatan jenayah dan salah guna kuasa oleh Kerajaan. 3.   Malangnya, kita lihat Perlembagaan dan undang-undang negara tidak dipedulikan dan disalah guna. Peruntukan dalam perlembagaan untuk pembetulan contohnya laporan polis dan undi tidak percaya untuk menyingkirkan pemimpin tidak boleh digunakan lagi. 4.   Pembahagian kuasa antara Perundangan, Eksekutif dan Badan Kehakiman tidak lagi dihormati. Perdana Menteri memegang ketiga-tiga kuasa ini. Akibatnya, beliau berada di atas undang-undang. 5.   Beliau memulakan dana kekayaan negara dengan menggunakan wang pinjaman. 6.   Kini, Kerajaan berhutang sebanyak RM50 bilion. 7.   1MDB tidak mampu membayar faedah sebanyak dua bilion dolar untuk pinjaman yang dibuat. 8.   1MDB tidak bayar hutang lain.