Skip to main content

Posts

Showing posts from January 28, 2016
KE MANAKAH KAMU HENDAK PERGI MALAYSIA 1.   Di Malaysia, Peguam Negara memutuskan sama ada undang-undang telah dilanggar atau tidak. Sebenarnya, keputusan itu adalah penghakiman. Peguam Negara ialah hakim juga pendakwa. Ini sudah menjadi ketidak adilan.  2.   Saya mengaku saya tidak merasa terkejut apabila Peguam Negara memutuskan bahawa laporan yang kemukakan oleh SPRM tidak menunjukkan Perdana Menteri telah melakukan sebarang perlakuan jenayah apabila 2.6 bilion Ringgit berada yang di dalam akaun peribadinya atau terdapat tambahan sebanyak 42 juta Ringgit juga berada dalam akaun peribadinya. Saya telah nyatakan bahawa ini yang akan diputuskan oleh beliau. 3.   Hanya mempunyai wang sebanyak ini di dalam akaun Perdana Menteri sudah menjadi kesalahan walaupun ia bukan perlakuan jenayah. Akan tetapi, sekarang P.N. mengisytiharkan bahawa wang tersebut adalah hadiah daripada orang Saudi. 4.   Kelihatan terdapat sepucuk surat daripada orang Saudi yang menyatakan bahawa wang