Skip to main content

Posts

Showing posts from November 16, 2015
DISOAL SIASAT OLEH POLIS 1.   Ramai wartawan sedang menunggu untuk menemuramah saya mengenai soat siasat oleh pihak polis seperti yang dijanjikan oleh KPN dan Menteri Dalam Negeri. 2.   Saya tidak pasti bagaimanakah hendak menjawab kepada para wartawan. Saya tahu polis ialah sebuah institusi berprofesional. Ia bertanggungjawab terhadap kerajaan yang dipilih dan saya tidak pasti kenapakah pihak polis, contohnya, pihak Kerajaan ingin menyoal saya. Adakah saya telah melakukan kesalahan atau adakah mereka mahukan maklumat daripada saya untuk mendakwa orang lain. 3.   Saya pernah disoal siasat oleh polis dan Peguam Negara sebelum ini. Mereka mahu saya menjadi saksi bagi pihak Kerajaan. Saya telah mendengar penjelasan mereka dan memutuskan bahawa tiada kes untuk dijawab oleh pihak tertuduh. Jadi, saya menolak untuk menjadi saksi pendakwa raya. 4.   Kali ini bukan lagi inginkan saya menjadi saksi. Mereka mahukan jawapan bagi soalan mereka. Para peguam saya menasihati saya agar