Skip to main content

Posts

Showing posts from October 29, 2015
PAYUNG KEPERCAYAAN Seni bina Masjid Negara yang avant-garde ini sebenarnya mengikut reka bentuk payung biasa Sekumpulan kanak-kanak yang dalam lawatan sambil belajar ke Muzium Kesenian Islam Malaysia mengelilingi sebuah bahan pameran dalam bekas kaca dan melihat model Masjid Negara. Guru mereka meminta para pelajar untuk mengenal pasti kelainan pada bangunan tersebut. Tidak lama kemudian, salah seorang pelajar menjawab bahawa bumbung masjid tersebut tidak berbentuk kubah.  Pada masa yang sama, tiada sesiapa pun yang perasan kehadiran seorang lelaki yang sedang memerhati mereka. Beliau memakai jaket hitam dan bersongkok memberikan senyuman lembut dan mempamerkan aura rendah diri beliau dan kelihatan seolah-olah keberatan untuk memperkenalkan diri bahawa beliau ialah Datuk Dr Baharuddin Abu Kassim, arkitek yang menganggotai kumpulan yang bertanggungjawab mereka dan menyelia pembinaan masjid ikonik ini. Genap 50 tahun Masjid Negara dibuka secara rasmi pada 27 Ogos