Skip to main content

Posts

Showing posts from October 23, 2015
PEMISAHAN KUASA 1.   Timbalan Perdana Menteri membuat rujukan kepada pemisahan kuasa apabila membuat komen mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Raja-Raja untuk mempercepatkan penyiasatan 1MDB dan 2.6 bilion Ringgit dalam akaun Najib. Adakah ini pelanggaran andaian pemisahan kuasa antara Raja-Raja dan Kerajaan?. 2.   Memang benar, Agong dan Raja-Raja Melayu adalah monarki berpelembagaan. Akan tetapi, ini tidak bermakna mereka ini sebagai pak turut yang membenarkan semua perlakuan Kerajaan. 3.   Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan (Perlembagaan Negeri hampir sama dengan Perlembagaan Persekutuan) menyatakan dengan jelas bahawa Kuasa Eksekutif Persekutuan hendaklah terletak hak pada Yang di-Pertuan Agong dan tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan dan peruntukan Jadual Kedua, bolehlah dijalankan olehnya atau oleh Jemaah Menteri atau oleh mana-mana Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri tetapi Parlimen boleh melalui undang-undang memberikan fun