Skip to main content

Posts

Showing posts from October 12, 2015
1MDB DIBERSIHKAN 1.   Jabatan Peguam Negara telah membersihkan 1MDB daripada sebarang salah laku yang berkaitan dengan penggunaan dana yang diluluskan oleh Bank Negara untuk tujuan pelaburan luar negara. 2.   Tetapi Bank Negara tidak puas hati dan membuat rayuan kepada Peguam Negara tanpa sebarang perubahan pada laporannya. Sekali lagi Peguam Negara menolak rayuan tersebut. 3.   Kita tahu Peguam Negara diberi kuasa untuk memutuskan sama ada sesebuah kes perlu dibawa ke mahkamah atau tidak. Anggapan bahawa Peguam Negara akan menghargai dan memahami keseriusan sesebuah kes, beliau akan menghargai keprihatinan pengadu atau keprihatinan agensi yang membuat laporan. Dan, jika terdapat ketidak puasan hati terhadap kes tersebut maka kes itu harus dihakimi di mahkamah undang-undang oleh hakim dan jika masih tidak puas hati maka rayuan akan dibenarkan. 4.   Ini cara yang betul. Akan tetapi, ia kelihatan seolah-olah Peguam Negara telah membuat penghakiman dengan menolak kes