Skip to main content

Posts

Showing posts from September 30, 2015
UNDI TIDAK PERCAYA 1.   Saya ada membaca laporan bahawa Speaker Dewan Rakyat tidak akan membenarkan usul tidak percaya dibentangkan di Dewan oleh sesiapa. 2.   Beliau mendakwa hanya beliau sahaja boleh membuat keputusan sama ada usul seumpama itu boleh dibentangkan atau tidak. 3.   Beliau berkata alasannya ialah Peraturan Majlis Mesyuarat Parlimen tidak mempunyai undang-undang mengenai perkara ini. Dan, perkara seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini. 4.   Benar, perkara seperti ini tidak pernah berlaku. Ini kerana lima Perdana Menteri terdahulu tidak pernah mempunyai 2.6 bilion Ringgit dalam akaun peribadi mereka juga mereka tidak pernah terbabit dalam skandal kewangan dan tuduhan membunuh. 5.   Tidak pernah Perdana Menteri-Perdana Menteri terdahulu membubarkan institusi yang menyiasat keberasalan dan lokasi wang tersebut berada sekarang. 6.   Tidak pernah Perdana Menteri-Perdana Menteri terdahulu meminjam RM42 bilion dengan kos tinggi untuk menubuhkan dan