Skip to main content

Posts

Showing posts from August 21, 2015
"Zon Panas" berhampiran dengan Kuantan? RISIKO BAUKSIT : Pasukan NST menemui logam berat dalam kadar tinggi, radiasi dalam sungai dan di tepi pantai disebabkan oleh aktivti perlombongan. Kegagalan mengawal aktiviti perlombongan bauksit dan perlombongan yang tidak tentu arah di Pahang berkemungkinan telah mengakibatkan pelepasan bahan radioaktif yang boleh membawa maut ke dalam alam sekitar, mencemarkan udara dan sumber air. Dapatan yang membimbangkan ini didapati setelah Pasukan Petugas Penyiasat Khas New Straits Times memohon secara rasmi analisis sampel makmal persendirian yang diambil dari sungai dan dari muara sungai berhampiran yang telah dicemari oleh sisa bauksit. Sampel yang diambil dari Sungai Pengorak dan Pantai Pengorak berhampiran dengan Kampung Selamat di mana air sungainya telah bertukar warna menjadi merah yang amat pekat daripada warna hijau semulajadi atau kebiru-biruan. Foto-foto ini telah mengundang pelbagai reaksi di media sosial baru-baru