Skip to main content

Posts

Showing posts from August 18, 2015
MALAYSIA 2 1.   Apa yang sedang berlaku di Malaysia pada hari ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Kedaulatan undang-undang telah di terbalikkan dan rakyat seolah-olah tidak mempunyai kuasa untuk berbuat apa-apa untuk menegakkan semula kedaulatan undang-undang. 2.   Ini kerana pemimpin yang diberi kepercayaan untuk menegakkan undang-undang telah menjadi subjek proses undang-undang. Terdapat dakwaan bahawa beliau telah melanggar undang-undang. Seperti yang diketahui, tiada sesiapa yang terkecuali daripada undang-undang maka beliau seharusnya disiasat untuk menentukan sama ada beliau telah melanggar undang-undang atau tidak. 3.   Walaupun perkara seperti ini tidak pernah berlaku di Malaysia tetapi pernah berlaku di negara-negara lain termasuk di negara-negara maju di Barat. 4.   Mengimbas kembali kes Presiden Nixon, Presiden Amerika Syarikat. Beliau telah menggunakan kakitangan Kerajaan untuk mengintip musuh politik beliau. Perkara ini dianggap penyalahgunaan kuasa di AS