Skip to main content

Posts

Showing posts from August 14, 2015
Pulau Konet yang penuh misteri Pulau Konet TIDAK DAPAT DILIHAT : Terdapat legenda bahawa makhluk halus menjadi penjaga dan tinggal di pulau kecil berdekatan pantai Melaka. Pulau Konet, sesuai dengan namanya terletak berhampiran dengan Telok Gong, Melaka merupakan sebuah pulau kecil yang tidak dapat dilihat dengan mudah. Keadaan pulau yang dipenuhi dengan hutan belukar serta tidak digunakan lagi oleh penduduk setempat. Akan tetapi, terdapat legenda yang menyatakan pulau ini pernah didiami oleh makhluk halus yang misteri tetapi baik hati menjadi penjaga pulau ini. Abdul Aziz Mamat @ Mohamad berkata penduduk kampung akan singgah ke pulau tersebut untuk tujuan pembalakan dan menggunakan kayu yang ditebang untuk membina rumah dan membuat bot. Bagaimanapun, terdapat sebuah kisah yang diceritakan turun temurun yang menyebabkan penduduk tempatan tidak lagi berkunjung ke pulau tersebut yang boleh dikunjungi dengan hanya berjalan kaki ketika air