Skip to main content

Posts

Showing posts from July 21, 2015
KONSPIRASI 1.   Terdapat banyak cakap-cakap oleh sesetengah orang mengenai konspirasi untuk menggulingkan Dato Sri Najib sebagai Perdana Menteri. 2.   Adakah terdapat konspirasi? Adakah terdapat seseorang atau kumpulan sedang melakukan konspirasi, sebagai contoh, gerakan bawah tanah untuk menggulingkan Najib. Mungkin terdapat gerakan seperti itu sebelum ini tetapi selain daripada ada pihak yang merungut secara tertutup mengenai ketidak puasan mereka mengenai pentadbiran Najib, tiada siapa yang merancang untuk menggulingkan beliau. Ini tidak bermakna mereka mengalu-alukan cadangan untuk beliau meletak jawatan atau mengosongkan kerusi. Tidak terdapat perancangan aktif dan perancangan bawah tanah. 3.   Apa yang kita semua sedia maklum ialah saya secara terbuka telah meminta Najib meletak jawatan. Tiada konspirasi. Saya cuma membuat pengisytiharan secara terbuka ke seluruh negara bahawa saya ingin melihat Najib berhenti menjadi Perdana Menteri. 4.   Maka, jika terdapat kepe