Skip to main content

Posts

Showing posts from July 17, 2015
WANG TUNAI IALAH RAJA 1.   Memang benar apa yang dikatakan oleh Najib bahawa beliau tidak menurut nasihat saya. Akan tetapi, itu bukan sebab mengapa saya mahu beliau meletak jawatan. 2.   Semua orang tahu saya berkempen untuknya dalam Pilihanraya Umum Ke13 walaupun beliau enggan membina jambatan atau landasan elektrik berkembar. Beliau juga tidak menerima pandangan saya mengenai BR1M dan mengenai membawa sepanduk dengan tulisan " I Love PM", 1M4U" dan lain-lain perkara harus diberhentikan. Beliau juga tidak menerima banyak perkara lain yang saya larang atau saya minta beliau lakukan jika beliau ingin menjadi popular. Beliau berkata "Wang Tunai ialah Raja". Dan, saya masih menyokongnya semasa dan selepas Pilihanraya Umum Ke 13. 3.   Saya tidak meminta beliau meletak jawatan sehinggalah timbul skandal 1MDB. Beliau tidak menjawab segala tuduhan yang dilemparkan ke atasnya. 4.   Najib mempunyai penasihatnya sendiri termasuk tiga orang warga Britain.