Skip to main content

Posts

Showing posts from June 24, 2015
KESAMAAN PERKAUMAN 1.   "Foreign Affairs" ialah majalah milik Amerika. Majalah ini amat dihormati di Amerika tetapi ia bukan majalah kegemaran saya. 2.   Baru-baru ini ketika dalam penerbangan, saya terjumpa edisi terkini majalah ini. Tema dalam edisi ini ialah kaum dan warna kulit dan bagaimana ia mempengaruhi perhubungan sesama manusia. Saya tertarik untuk membaca majalah ini kerana saya yakin majalah ini tidak menulis perkara elok mengenai Malaysia. 3.   Terdapat sebuah rencana mengenai tidak melihat warna kulit di Amerika - bermakna tidak kira apa warna kulit warga Amerika, mereka adalah sama. Ternyata, kesamaan di antara manusia berlainan warna kulit tidak membawa hasil baik. Ini bermakna segala-gala termasuk peluang harus bersandarkan kepada merit. 4.   Benar, terdapat seorang lelaki kulit hitam duduk di kerusi Presiden dalam Rumah Putih. Pernah juga terdapat seorang genaral kulit hitam sebagai Ketua Pertahanan Amerika dan seorang lagi sebagai Setiausaha