Skip to main content

Posts

Showing posts from May 31, 2015
PEMBAYARAN BALIK HUTANG-HUTANG 1.   Seolah-olah terdapat kekeliruan dalam pembayaran balik hutang-hutang serta kehilangan wang oleh 1MDB. 2.   Walaupun kesemua hutang dapat dibayar balik menerusi penjualan aset oleh 1MDB, ini tidak bermakna 1MDB bebas daripada tuduhan yang tidak dapat menjelaskan kehilangan wang berbillion ringgit. 3.   Dalam perniagaan, wang boleh hilang menerusi pelaburan atau pengurusan yang teruk. Hal ini dapat diterima walaupun KPE dan kesemua Pengurus terbabit dipecat. 4.   Akan tetapi, apabila wang telah hilang dan pihak pengurusan tidak dapat menjelaskan kehilangannya serta tidak dapat menjelaskan bagaimana ia hilang, pihak pengurusan masih bertanggungjawab walaupun terdapat usaha bailout atau kesemua hutang telah dibayar.  5.   Dengan menyatakan bahawa wang tersebut telah dilaburkan di Kepulauan Cayman dan walaupun terdapat dakwaan bahawa wang tersebut telah dibawa balik dan sekarang berada di Singapura, ia masih tidak dapat dibuktikan dala