Skip to main content

Posts

Showing posts from May 19, 2015
NAJIB MENANGKIS 1.   Najib tidak menangkis apa-apa. Selain menyatakan kes Altantuya adalah sebuah kes lama, dia tidak menangkis apa-apa. Ini adalah perkara baharu kerana penggantungan itu akan dilakukan sekarang. Kedua-dua mereka ini telah dibebaskan. Pembebasan mereka bermakna perkara ini telah selesai. Akan tetapi, sekarang mereka ini akan digantung. Amat jelas, mereka mengikut arahan. Menggantung mereka bermakna akan berlaku persendaan keadilan. 2.   Mengenai 1MDB, jawapan sama diberikan. Tunggu. Tunggu sehingga laporan Ketua Audit Negara. Laporan ini boleh mengambil masa bertahun-tahun. Memeriksa akaun tidak akan menunjukkan apa-apa. Ia tidak menerangkan penglibatan Jho Low. Ia tidak menerangkan bagaimanakah Riza Aziz memperolehi begitu banyak wang pada masa wang 1MDB hilang. Ia tidak menerangkan transaksi melucukan dengan Petro Saudi , bank-bank di Seychelles, di Hong Kong dan di Kepulauan Cayman. Kemudian wang dari Cayman dibawa balik dan disimpan di Singapura. Kini, ban