Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2015
UNDI TIDAK PERCAYA 1.   Saya ada membaca laporan bahawa Speaker Dewan Rakyat tidak akan membenarkan usul tidak percaya dibentangkan di Dewan oleh sesiapa. 2.   Beliau mendakwa hanya beliau sahaja boleh membuat keputusan sama ada usul seumpama itu boleh dibentangkan atau tidak. 3.   Beliau berkata alasannya ialah Peraturan Majlis Mesyuarat Parlimen tidak mempunyai undang-undang mengenai perkara ini. Dan, perkara seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini. 4.   Benar, perkara seperti ini tidak pernah berlaku. Ini kerana lima Perdana Menteri terdahulu tidak pernah mempunyai 2.6 bilion Ringgit dalam akaun peribadi mereka juga mereka tidak pernah terbabit dalam skandal kewangan dan tuduhan membunuh. 5.   Tidak pernah Perdana Menteri-Perdana Menteri terdahulu membubarkan institusi yang menyiasat keberasalan dan lokasi wang tersebut berada sekarang. 6.   Tidak pernah Perdana Menteri-Perdana Menteri terdahulu meminjam RM42 bilion dengan kos tinggi untuk menubuhkan dan
Kedai kopi pernah menjadi sumber utama pasukan perisik SUMBER BAIK : Penulis meneliti peranan kedai kopi sebagai pos mendengar ketika Darurat. Kedai-kedai kopi dan gerai-gerai makan dilihat sebagai pos mendengar yang paling efektif di negara ini apabila maklumat penting untuk keselamatan, jenayah dan politik yang melibatkan hidup mati diperlukan. Special Constable (SC)(B) Sgt Abdul Latif Salleh menyertai perkhidmatan ini pada tahun 1951 dan tidak pernah mengambil cuti pada hari minggu. Beliau memilih untuk meghabiskan masa di kedai-kedai kopi di Kuala Nerang, Kedah yang menjadi pos mendengar yang amat penting. Selain daripada mendapatkan maklumat daripada orang kampung, Latif sentaisa berwaspada ketika berpakaian biasa. Beliau akan memasang telinga akan perbualan di kedai-kedai dan di gerai-gerai sambil menikmati secawan kopi. "Saya bergaul dengan penduduk kampung dari Kuala Nerang dan dari sempadan Malaysia-Thai," kata beliau sambil mengimbas kemb
NAJIB 1.   Saya telah bekerja keras untuk melantik Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia. 2.   Sekarang, saya mahu beliau disingkirkan daripada menjadi Perdana Menteri. 3.   Ini bukan bersifat peribadi. 4.   Ini kerana beliau telah gagal sebagai Perdana Menteri. 5.   Sejak mula lagi, saya perasan kesalahan yang beliau lakukan. 6.   Kita telah merdeka sejak tahun 1957. Kita mampu memimpin sendiri negara kita dan berjaya melakukannya selama beberapa dekad sebelum Najib. 7.   Akan tetapi, Najib melantik beberapa pegawai British sebagai penasihatnya. 8.   Najib telah melantik ramai perunding luar untuk menasihati beliau cara-cara mentadbir negara. 9.   Kos melantik perunding luar mencecah berbilion Ringgit tetapi nasihat mereka ini tidak sesuai untuk negara kita. Mereka tidak mengetahui apa-apa mengenai politik, ekonomi dan sensitiviti rakyat Malaysia. Akibatnya, pembangunan negara telah menurun dan berlaku pertelagahan kaum. 10.  Kerajaan Najib menj
AL-JAZEERA 1.   Kerajaan Najib mendakwa bahawa Al-Jazeera sedang cuba menjatuhkan Kerajaannya dengan dokumentari berdurasi selama setengah jam mengenai pembunuhan di Malaysia. Mereka mendakwa tiada unsur kebenaran dalam laporan tersebut. 2.   Jika Kerajaan fikir tiada unsur kebenaran dalam dokumentari tersebut maka sepatutnya saman sahaja Al-Jazeera atas tuduhan menfitnah. 3.   Al-Jazeera ditonton oleh jutaan penonton di seluruh dunia. Kebanyakan mereka mempercayai apa yang mereka tonton. Hanya dengan menyatakan laporan itu tidak benar mungkin akan menyakinkan sesetengah rakyat Malaysia tetapi tidak akan menyakinkan orang luar. 4.   Sedangkan pada bulan Merdeka, Al-Jazeera menunjukkan dokumentari yang menarik mengenai Malaysia termasuk PM sekali. Penonton mempunyai pilihan untuk mempercayai dokumentari yang mana satu. 5.   Dokumentari terbaharu ini tidak hanya memburukkan nama Najib malah nama negara sekali. Tidak menyenangkan apabila diberitahu Perdana Menteri Malay
UMNO MEMBERS 1.   Najib is demanding for your support to win in GE14. 2.   Unfortunately, supporting Najib as UMNO Head will ensure UMNO's lost and not to gain victory. 3.   UMNO never won only with its members support. The number of its members is not enough to give victory to UMNO candidate. UMNO members never comprised more than half of its total number of voters in any area. 4.   Malays who believed in UMNO's struggle but didn't join UMNO gave victory to UMNO candidate. Chinese and Indians too contributed to UMNO candidates victory. 5.   Now, all of them no longer believes in UMNO. They hate Najib and they believed that Najib is using money to buy UMNO leaders support. These facts was openly admitted by a few of Division Heads and Members of Parliment. When the opposition named the bribed UMNO leaders, nobody made any denial. 6.   Najib's action of blocking the investigation of 2.6 billion Ringgit in his personal account proves that the money
PENGAJARAN SEJARAH Selalunya, pengajaran yang paling pedih adalah daripada sejarah kita sendiri dan yang terbaik untuk dipelajari. Penakluk Portugis, Alfonso de Albuquerque hanya mengambil 20 hari untuk merampak pelabuhan Melaka pada 15 Ogos 1511. Perkara ini berlaku walaupun Melaka mempunyai lebih banyak pahlawan, lebih banyak senjata dan lebih banyak meriam malah turut mempunyai negara jiran sebagai negara sekutu. Jadi, di manakah silapnya?. Melaka menyangka negaranya sebuah negara kebal serta dilimpahi dengan kemewahan. Melaka juga yakin bahawa akan mendapat bantuan dari Siam dan dari Pahang dengan perintah China. Pada kurun ke-15 dan ke-16, Melaka ialah pusat dalam dunia Melayu, pelabuhan yang mengawal Selat Melaka, laluan air semulajadi dan saluran utama antara India dan China. Kekalahan Melaka dalam peperangan amat muktamad sehingga tidak dapat mengembalikan semula statusnya. Menurut Tome Pires yang menulis buku Suma Oriental dan beliau tiba di Mel
Bukan Sungai Mati ANEH TETAPI MENARIK : Sungai Mati, selain daripada namanya yang mengerikan, tempat ini hidup dan menyeronokan walaupun pembangunannya agak perlahan. Penulis tertarik dengan nama di pekan kecil ini yang berhampiran dengan Muar. Tersorok di pertengahan jalan utama antara Muar dan Bukit Gambir ialah sebuah pekan kecil bernama Sungai Mati. Pekan ini mudah ditemui kerana pusat bandarnya ialah tiga penjuru persimpangan jalan dengan dibarisi deretan kedai diperbuat daripada kayu. Terdapat lampu isyarat besar di persimpangan jalan tersebut yang memberi kesempatan kepada para pengguna jalan raya untuk melihat bagaimana masa tidak berlalu di bandar yang aneh tetapi menarik dalam daerah Muar. Beberapa tahun lalu, deretan kedai ini diberi nafas baharu apabila dicat dengan warna lavender, warna merah jambu dan warna biege. Penduduk di sini berkata tidak banyak perubahan berlaku di pekan ini kecuali beberapa kawasan perumahan baru dibina di pinggir perk
BERSIH 1.   I was present at the demonstration organised by Bersih on 29-30 August. Many wondered whether I've become Bersih supporter. Am I supporting opposition party DAP and Kit Siang. There are also questions if I'm siding with chinese. 2.   As I stated before street demonstrations shouldn't be used as a tool for political pressure because it would affect businesses especially small businesses and economy. Is my action showing equivocate in politics. 3.   I disagree with demonstration as there are other ways to pressure Government for abuse of power. 4.   We can make police report hoping that the police and prosecutor will take action, bring those accused to court. 5.   But now, Najib has disband and destroyed Government institutions that protects people's rights. 6.   When he was accused for disappearance of government's money through 1MDB, Najib passed the investigation to the Auditor-General and PAC (Public Account Committee) Dewan Rak