Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2015
Lebih banyak letusan pada masa hadapan Kedudukan negara Iceland semakin meningkat disebabkan oleh perubahan iklim dengan tanah dilepaskan oleh kecairan litupan ais yang memantul dari Bumi pada kadar 3.5cm setahun. Keburukannya? Para pengkaji mempercayai bahawa penngkatan tambahan yang berlaku di sebalik peningkatan aktiviti letusan gunung berapi dengan tiga buah gunung berapi di Iceland meletus sejak lima tahun lalu sehingga menyebabkan penerbangan kapal terbang dihentikan dan ia memuntahkan abu gunung berapi ke udara. Satu kajian terbaharu yang diterbitkan dalam majalah Geophysical Research Letters , para saintis dari Universiti Arizona dan Universiti Iceland mendapati kerak bumi sedang bertambah delam kadar pantas di tengah-tengah kepanasan tinggi sejak 30 tahun kebelakangan ini. Di beberapa tapak di bahagian selatan dan di bahagian selatan tengah Iceland, di mana terletak lima buah litupan ais terbesar, kehilangan ais berpunca daripada kepanansan yang menyebabkan
Legenda-legenda cinta Legenda-legenda ini tidak hanya menangkap daya imaginasi kita tetapi ia juga merangkap identiti kebudayaan kita, ditulis oleh ninotaziz. Cinta. Konsepnya sahaja telah mempesonakan kita dari berzaman-zaman. Daripada Anthony dan Cleopatra . Tristan dan Isolde. Laila Majnun. Dari masa para penglipur lara dapat menguasai perhatian pendengar di sekeliling unggun api yang bernyala, di istana diraja dan di pertunjukan teater terhebat di dunia, legenda-legenda cinta - merangkumi kesakitan, mengagumkan dan bisikan kata-kata cinta - telah menawan daya imaginasi kita. Dengan perasaan sambutan Hari Kekasih yang belum reda, mari kita selidiki subjek yang menakjubkan ini. SATU PERSOALAN MENGENAI ASAL-USUL DAN IDENTITI KEBUDYAAAN Kadang kala legenda dapat mendorong kita, terutama sekali legenda-legenda cinta yang mengandungi identiti kebudayaan kita. Mengikut peredaran masa, legenda ini berubah dan diubahsuai mengikut keadaan atau mengikut budaya semasa. Denga
SEKATAN 1.   Dalam sebuah forum di UKM baru-baru ini, Dr Chandra Muzaffar membangkitkan isu mengenai sekatan di persada antarabangsa dan mencadangkan, agar, dengan kata lain, menyamakan sekatan dengan peperangan. Oleh hal yang demikian, sekatan harus diiktiraf sebagai jenayah dan kempen untuk mempromosikan peperangan adalah satu jenayah harus memasukkan juga sekatan. 2.   Saya benar-benar bersetuju dengan Dr Muzaffar bahawa sekatan adalah satu jenayah. 3.   Dahulu, dalam banyak peperangan dalam kalangan negara-negara Eropah, salah satu senjata yang paling efektif adalah kepungan. Kepungan termasuk memutuskan sistem kominikasi sesebuah bandar dengan dunia luar dengan menempatkan askar-askar di sekeliling bandar supaya penduduk bandar tersebut mati kebuluran atau menyerah. 4.   Konsep ini telah 'ditingkatkan' supaya seluruh negara terbabit akan diputuskan sistem komunikasi dan perdagangan dengan negara-negara lain. Kesannya ialah membiarkan penduduk negara itu dal
ADA SESUATU SUDAH ROSAK 1.   Watak Marcellus di dalam drama 'Hamlet' yang ditulis oleh Shaskespeare berkata "ada yang sudah rosak dalam negara Denmark ." Mungkin daripada rungutan rakyat Malaysia mengenai Malaysia akan berkata ada yang sudah rosak dalam Malaysia. 2.   Kebanyakan rungutan ini sampai kepada saya. Saya harap akan dibenarkan menulis dengan teliti dalam blog saya ini. Rakyat boleh buat keputusan sama ada, ada yang sudah rosak atau tidak. 3.   Ada orang merungut Kerajaan enggan membayar kepada mereka untuk kerja yang telah mereka lakukan untuk Kerajaan. Sentiasa akan ada pertikaian sama ada Kerajaan berhutang dengan mereka. Jika mahkamah telah membuat keputusan Kerajaan harus bayar, akan berlaku pertikaian jumlah yang harus dibayar. 4.   Kemudian, akan berlaku kelewatan, kadang kala bertahun-tahun lamanya. Untuk perniagaan, kelewatan boleh membunuh. 5.   Kemudian, terdapat juga kontrak mereka ditarik balik atas sebab-sebab yang tidak dik
Contengan hiburan Contengan Google bukan untuk dijual tetapi ia hanya digunakan untuk tujuan sambutan, kata ketua pasukan. Ahli pasukan di sebalik tabir contengan Google yang terkenal, aneh dan ganjil ini menerima ratusan permintaan dari seluruh dunia mengenai cara pihak syarikat Google harus mengubah kesediaadaan logo Google di laman utama mereka. Walaupun contengan ini bersifat bebas dan kreatif, namun ahli pasukan Google terpaksa menolak sesetengah permintaan. "Walaupun seorang presiden atau perdana menteri mahukan sebuah contengan dan sekiranya ia tidak mengikut prinsip kami, kami terpaksa berkata tidak," kata Ryan Germick , 34, ketua pasukan. Satu perkara yang pasti ialah contengan ini bukan bertujuan komersil dan bukan untuk memperoleh pendapatan untuk pihak syarikat. "Hampir setiap hari kami diminta untuk meletakkan iklan contengan di laman utama Google dan kami sentiasa menghormati masa dan pengguna kami, tidak menggunakan ruang
Mewujudkan keamanan Bagi mewujudkan sebuah taman bunga Jepun ialah mengikut alam semulajadi Gambar : Sebuah taman bunga Jepun Taman bunga Jepun telah menjadi sebahagian daripada hortikultur dan budaya Amerika - hampir selama 150 tahun tetapi taman bunga Jepun masih menjadi misteri untuk kebanyakan orang Kini, tidak perlu menjadi misteri lagi. Menurut Tim Gruner, kurator taman bunga/ketua hortikultur di Anderson Japanese Garden di Rockford, Illinois , anda bermula dengan minat terhadap sebuah taman bunga Jepun : timbulkan satu perasaan. Gambar :  Anderson Japanese Garden  di  Rockford, Illinois "Sebuah taman bunga Jepun akan membangkitkan tindak balas emosi terhadap alam semulajadi di mana-mana ruang" kata Gruner. Beliau menyelia salah sebuah contoh taman bunga tercantik yang estetik. "Perasaan yang anda dapat apabila berdiri di sebuah lokasi yang dipenuhi dengan kecantikan semulajadi, emosi positif dan reaksi terhadap emosi positif tersebut, (pe
KECAMAN 1.   Saya berasa hairan dengan laporan di akhbar The Star bahawa beberapa penulis blog menyerang pengkritik 1MDB. Saya tidak berasa hairan terhadap para penulis blog ini. Saya telah mengetahui aktiviti mereka sejak kebelakangan ini. 2.   Pada suatu ketika, para penulis blog ini adalah pengkritik Kerajaan. Tetapi, atas sebab-sebab yang tidak diketahui, mereka telah berubah. Saya perasan perubahan ini. 3.   Tetapi, saya menerima hak mereka untuk mengkritik saya. Dengan ini, saya tidak hairan dengan arah perubahan mereka. 4.   Apa yang menghairankan saya ialah laporan mengenai hal ini oleh akhbar The Star. Kebiasaannya, media arus perdana dan akhbar The Star adalah salah satu daripadanya, tidak akan melaporkan sebarang berita yang memberi gambaran tidak elok mengenai 'pihak berkuasa'. Tetapi sekarang, akhbar ini telah melakukan perkara yang tidak dapat difikirkan, walaupun akhbar ini melakukannya secara tidak langsung. 5.   Saya adalah penyokong UNMO. Sa