Skip to main content

Posts

Showing posts from September 19, 2014
Ikea melaporkan jualan memberangsangkan Stockholm : Syarikat perabot gergasi Sweden, Ikea melaporkan peningkatan jualan tahunan, kebanyakannya dirangsangkan oleh peningkatan jualan di negara China dan pemulihan ekonomi di Eropah. Kumpulan Ikea yang mengepalai perniagaan perabot antarabangsa dengan perabot yang mempunyai gaya tersendiri serta harga berpatutuan, melaporkan bahawa peningkatan pendapatan sebanyak 5.7% iaitu 28.7 billion euro (RM118.08 billion) sehingga akhir bulan Ogos tahun ini. Pendapatan Ikea meningkat sebanyak 3.2% dalam jangka masa sama tahun lalu. "Negara China, sebuah negara yang sedang berkembang pesat, Amerika Utara pula sedang berkembang baik. Walaupun situasi ekonomi yang mencabar belum berakhir namun ekonomi Eropah semakin pulih, kata ketua eksekutif Peter Agnefjaell dalam satu kenyataan. "Kami melihat petanda positif dalam perbelanjaan pengguna dan amat gembira untuk melaporkan peningkatan jualan hampir kesemua pasaran kami, tidak